Terma dan Syarat Peraduan Ong bersama Eazyclean

Penganjur Big Fat Smile Sdn Bhd
Promosi Peraduan Ong bersama Eazyclean
Tempoh Promosi

Promosi bermula jam 00:00:00 pada 16/01/2023 dan ditutup jam 23:59:00 pada 16/03/2023.

Kelayakan Promosi ini terbuka kepada semua individu penduduk Malaysia yang sah berumur 18 tahun dan ke atas pada permulaan Tempoh Promosi, dengan dokumen pengenalan yang sah dan tempat tinggal yang beralamat di Malaysia. Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan.
Produk Turut
Serta, Syarat Penyertaan,
Syarat Video &
Komisyen:

Produk turut serta
a. Produk yang perlu ada di dalam video untuk menyertai pertandingan video ini adalah BIG+ Eazyclean Floor Cleaner sahaja.

Syarat Penyertaan
a. Peserta perlu meletakkan produk BIG+ Eazyclean 1000ml di dalam video.
b. Peserta perlu mempunyai akaun Tiktok dan akaun Tiktok Seller. *Jika peserta tidak mempunyai akaun Tiktok Seller maka peserta perlu membuat akaun Tiktok Seller. Jika peserta sudah sedia ada akaun Tiktok Seller maka tidak perlu buat akaun baru
c. Video yang dimuat naik di Tiktok perlu diletakkan (tag/pin) produk BIG+ EazyClean Floor Cleaner Liquid (1000ml) bersama (hashtag)
#ongwitheazy #bigplusmalaysia #eazycleanfloorcleaner
d. (Follow) Mengikuti akaun Tiktok @bigplusmalaysia dan akaun Shopee @bigplusmy
c. Selepas muat naik video di akaun Tiktok, peserta perlu mengisi borang penyertaan dengan mengimbas QR Code atau ke laman
Borang Peraduan

Syarat Video
a. Video mestilah berdurasi sekurang 30 saat
b. Video perlu di (tag/pin) produk BIG+ EazyClean Floor Cleaner Liquid (1000ml) bersama (hashtag) #ongwitheazy #bigplusmalaysia #eazycleanfloorcleaner
c. Kreativiti video tidak melanggar polisi (community guideline) Tiktok. Sebagai contoh tidak boleh ada unsur politik, buli, isu perkauman dan pelbagai lagi

d. Jika video yang di muat naik di Tiktok oleh peserta adalah video repost / di edit dari akaun/peserta lain atau video dari BIG Plus Malaysia maka penyertaan akan dibatalkan.

f. Tiada had maksima untuk post video dari pihak peserta.

e. Jika video dipos oleh peserta lebih dari 1 (satu) kali maka video yang mempunyai tontonan yang paling tinggi yang akan diambil kira sebagai penyertaan.


Komisyen
a) Setiap peserta layak mendapat komisyen melalui sistem Tiktok Seller jika :
i. (Tag/pin) Meletakkan produk BIG+ EazyClean Floor Cleaner Liquid (1000ml)
pada video pertandingan di akaun Tiktok peserta.
ii. Setiap satu (1) pembelian yang diperoleh dari video peserta akan diberikan komisyen
iii.Komisyen diberikan mengikut prosedur Tiktok kerana pembayaran juga akan direkod oleh sistem Tiktok S
eller dan boleh rujuk Cara Pengeluaran Komisyen untuk lebih lanjut.

Penyertaan
Melalui
QR Code/ Google Form:
a. Langkah-langkah Penyertaan Google Form:
i. Lawati Laman Web
Borang Penyertaan
ii. Lengkapkan semua butiran peribadi yang diperlukan dalam Borang Google yang disediakan di Laman Web.

b. Penganjur berhak untuk mengekstrak semua Borang Penyertaan dari Laman Web yang diterima untuk proses saringan selanjutnya.

c. Penyertaan Laman Web dengan Butiran Peribadi tidak lengkap, tidak jelas & tidak lengkap akan dibatalkan.
Tarikh Tutup
Penyertaan:
Semua Penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum jam 23:59:00 pada 16/03/23. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi yang berkenaan akan dibatalkan secara automatik.
Hadiah a. Terdapat satu [1] Hadiah Utama berupa 1/4 Dinar emas dan set barangan dari BIG Plus Malaysia bernilai RM150 untuk dimenangi selepas Tempoh Promosi.

b. Terdapat tiga [3] Hadiah Saguhati berupa set barangan dari BIG Plus Malaysia bernilai RM150 untuk dimenangi selepas Tempoh Promosi.
Maklumat Pengadilan
– Hadiah Utama:
a. Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan Finalis Hadiah Utama, semua Penyertaan Layak akan dikumpulkan dan diproses oleh Penganjur untuk proses pemilihan sepanjang Tempoh Promosi.

b. Di akhir Tempoh Promosi, penganjur akan memilih satu (1) video dengan nilai tontonan yang tertinggi dan mempunyai kreativiti untuk Hadiah Utama.

c. Untuk Hadiah Saguhati akan diberikan kepada tiga (3) video yang mempunyai keunikan dan kreativiti dipilih oleh pihak penganjur.

d. Nama pemenang akan diumukan secara umum pada 23 March 2023 (Khamis) di platform Tiktok.
Terma Tambahan a. Penganjur akan menghubungi semua Finalis terpilih melalui WhatsApp dari nombor 60 12-244 0955. Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya Finalis terpilih tidak boleh dihubungi atas apa jua sebab.

b. Setiap peserta hanya boleh memenangi hadiah selepas Tempoh Promosi:
i. Satu [1] Hadiah Utama diumumkan selepas Tempoh Promosi
ii. Tiga [3] Hadiah Saguhati diumumkan selepas Tempoh Promosi

c. Semua hadiah akan dihantar kepada Pemenang dalam tempoh 6 – 8 minggu dari tarikh tutup Promosi ke alamat yang diberikan oleh pemenang. Penganjur berhak untuk melanjutkan tempoh masa yang dinyatakan di bawah klausa ini atas sebab-sebab di luar kawalan Penganjur.

d. Semua hadiah yang tidak dituntut selepas tarikh akhir yang ditentukan oleh Penganjur akan dibatalkan.

e. Pihak Penganjur mengekalkan hak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya sekiranya hadiah asal yang ditawarkan tidak tersedia.

f. Penganjur tidak bertanggungjawab dengan masalah yang timbul daripada penangguhan, pembatalan, kelewatan atau kesalahan peserta.

g. Penganjur berhak untuk meggunakan setiap video yang telah dimuat naik oleh peserta di Tiktok untuk digunakan oleh penganjur (Big Fat Smile Sdn. Bhd.)